zieman50
Sept 2007  -  Inilah kali pertama aku tawan Thomson Trail. Aku bermula dari HABU dan berakhir di BOH . Masa dihabiskan adalah 10 jam.  Bagi aku trail ini adalah yang best dengan keadaan tanah dan keadaan sekeliling hinggakan ingin semula ke sana. Bila aku sampai di Kg Panggen aku amat tertarik dengan suasana kampung disitu, dengan pemandangan yang indah aku terkejut apabila melihat setiap rumah orang asli disitu mempunyai ASTRO betapa kemajuan dicapai dengan bantuan KERAJAAN. Kehidupan dinaik taraf, jalan-jalan hutan telah diturap oleh tar. Untuk sampai ke kawasan ini dari HABU dengan mengayuh basikal adalah mengambil masa antara 6-8 jam.  Kalau tiada aral melintang pada bulan April aku akan ke sana lagi. Setakat ini, yang telah confirm untuk bersama aku ada 27 penunggang. Kalau boleh aku hendakkan macam tahun 2007 juga yang mana aku dan Mr Megat telah berjaya mengumpulkan 135 penunggang dari pelusuk Malaysia. 


0 Responses

Followers